Monday, 18 July 2011

Selamat Datang ke Barracafe

Selamat datang ke Barracafe! Kami sentiasa menanti kunjungan para pelanggan yang dikasihi dengan pelbagai menu hidangan pada setiap hari. Ramai yang tidak tahu bahawa Restoran Barracafe adalah satu-satunya restoran yang dibangunkan oleh MAJUIKAN SDN. BHD. yang merupakan anak syarikat milik LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (LKIM). Kami di Barracafe sentiasa memastikan setiap hidangan yang kami sajikan menepati piawaian yang ditetapkan di samping mengambil berat etika mutu kualiti dan kebersihan. 
Walaupun baru setahun jagung dalam menyediakan perkhidmatan makanan dan minuman, namun kami begitu komited dan yakin bahawa kami mampu menyediakan perkhidmatan terbaik buat para pelanggan. Berbekalkan pengalaman para kakitangan di sini, Barracafe kini bukan saja kian dikenali kerana keenakkan menu yang disediakan, malah Barracafe kini mampu untuk berdiri sebaris dengan restoran-restoran terkemuka pada hari ini.
Para pelanggan kami terdiri daripada pelbagai bangsa dan golongan. Ini kerana, setiap apa yang kami tawarkan di sini, sentiasa menepati kehendak dan keperluan para pelanggan. Maka tidak hairanlah kami sudahpun mempunyai pelanggan tetap yang amat kami hargai. Jadi, jika berkesempatan, singgahlah di Barracafe untuk merasai sendiri aroma rasa yang kami sediakan khas buat para pelanggan sekalian.