PERKHIDMATAN

Kami di Barracafe menawarkan pelbagai perkhidmatan bertujuan untuk memudahkan para pelanggan yang memerlukan perkhidmatan dalam bidang food & beverages ini. 

RESTORAN BARRACAFE

Kami menyediakan perkhidmatan penyediaan makanan pada setiap hari. Barracafe mula beroperasi pada jam 10.00 pagi dan ditutup pada jam 12.00 malam pada setiap hari. Nikmati pelbagai menu hidangan sama ada secara ala carte mahupun hidangan terus dengan harga yang berpatutan. Antara hidangan yang disediakan termasuklah :

- Sajian Melayu (Pelbagai hidangan masakan kampung mengikut selera anda)
- Hidangan Barat
- Hidangan Laut



PERKHIDMATAN KATERING

Barracafe turut menyediakan perkhidmatan katering untuk pelbagai majlis mengikut kehendak pelanggan. Dengan pengalaman yang ada, Barracafe menjanjikan perkhidmatan terbaik buat semua pelanggan. Para pelanggan juga boleh membuat tempahan untuk mengadakan sebarang majlis di restoran Barracafe sendiri. Dengan harga yang berpatutan, anda pasti tersenyum dengan perkhidmatan yang kami berikan.