BARRACAFE SDN. BHD.
Barracafe Sdn. Bhd merupakan sebuah kafe yang menyediakan pelbagai perkhidmatan. Dilancarkan pembukaannya pada 8 Ogos 2008, outlet pertamanya telah dibuka di Pandan Prima, Ampang, Selangor berdekatan dengan pusat membeli belah Tesco. Barracafe adalah milik penuh Majuikan Sdn. Bhd. yang bernaung di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).
Sesuai dengan namanya, ia beroperasi sebagai sebuah restoran yang menyediakan menu berasakan ikan dan nama Barra dipilih berasaskan nama ikan Barramundi atau lebih dikenali sebagai ikan Siakap. Barracafe menyediakan pelbagai menu masakan dan menampilkan hiasan dalaman yang menarik, eksklusif dan cukup selesa.

